Assalamualaikum … yang di kasihi semua … Ini adalah senarai beberapa barangan yang sangat penting yang wajib ada dalam kenderaan anda.sebagai persiapan anda andaikata berlaku perkara di luar jangkaan ..
1) PERKAKASAN GANTIAN TAYAR Alatan penting untuk gantian tayar sekiranya pancit

2 ) TALIFON BIMBIT PINTAR – kegunaan talifon pintar sangat penting di zaman sekarang kerana ianya sangat berguna untuk pin lokasi sekiranya anda memerlukan pertolongan kecemasan. Ini membolehkan pihak lain dapat mengesan lokasi tepat kenderaan anda sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan.
3) PAYUNG. – Alat kecemasan semasa hujan 
4) LAMPU SULUH jika anda selalu bergerak di malam hari bersama kenderaan anda pastikan lampu suluh sentiasa ada di dalam simpanan kenderaan anda ,,, ini wajib. !! 
5) WAYAR CAS & POWER BANK Ini adalah sebagai nyawa tambahan dan backup power supply bagi telifon bimbit sekiranya anda terjebak didalam situasi yang sukar mendapatkan tenga letrik. 
6) TISU /KAIN PENGELAP ini penting sekiranya berlaku makanan ataupun air tertumpah dalam kenderaan anda , maka anda perlu untuk membersih dan mengelap dengan serta merta 
7) PISAU BELBAGAI FUNGSI “SWISS ARMY” – peralatan ini adalah padat dengan multi function dan sangat sesuai di bawa kemana mana kerana ia memudahkan urusan anda 
8) SEGI TIGA AMARAN Sangat malang jika kenderaan anda rosak dalam perjalanan … tetapi malang anda kemungkinan 2 kali ganda jika tiada segitiga amaran ini diletakkan dibahu jalan andainya kenderan anda rosak di tempat laluan yang sangat sibok ,, kerana ia akan mengundang kecelakaan kemalangan pula. 
9) PEN DAN BUKU NOTA KECIL 
10) KIT PERTOLONGAN CEMAS kit rawatan tubuh badan sekiranya berlaku kecederaan akibat kemalangan atau kecuaian .. jangan hanya sayang kan kereta anda sahaja… tubuh badan pemandu dan penumpang pun perlu di sayangi,, kerana rawatan awal sangat penting sebelum berlaku kecederaan lebih parah. 
11) ALAT PEMADAM API majoriti kenderaan boleh dikatakan tiada peralatan ini… sedangkan ia sangat penting . tidak dinafikan banyak juga kes kes kenderaan terbakar di jalanan. kereta bernilai berpuluh ribu mungkin akan lenyap sekelip mata dijilat api kerana anda ingin berjimat beberapa ringgit kerana tidak mahu menyediakan alat pemadam api. 
12) JUMPING CABLE Bateri Kong pulak.. andai kereta manual boleh lah anda cuba tolak kenderaan untuk meng hidup kan engine .. tetapi jika kenderaan gear automatik macam mana pula? tada jalan lain melainkan kebel jumper sangat di perlukan sebagai penyelamat . 
13) BOTOL AIR 1.5 LITER KE ATAS berbagai fungsi botol berisi air .. ini memang sangat sangat patut ada di dalam kenderaan anda kerana air dapat di gunakan untuk minum dan mencuci kekotoran sekiranya perlu , terutamanya sekiranya anda membawa bayi atau kanak kanak kecil di dalam kenderaan tersebut. botol pula boleh di gunakan semasa kecemasan sekiranya kenderaan anda kehabisan petrol , maka botol boleh digunakan untuk mengisi petrol dari stesyen minyak berhampiran
14) STIKER INSURAN Jangan pandang enteng pada stiker insuran , kerana pada stiker insuran tertera no TALIAN HAYAT iaitu no telefon bantuan sekiranya anda dalam kesusahan akibat breakdown di dalam perjalanan . harapan anda di dalam kesusahan untuk mendapatkan bantuan Makenik atau pun bantuan Towing secara percuma. . pastikan anda tidak terjebak dengan ulat ulat towing yang yang bukan dari penel syarikat insuran kerana akan menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan kos yang sangat tinggi.
15) PAM TAYAR Pam ini diperlukan sekiranya berlaku tayar kebocoran , ianya bersifat sementara sahaja sebelum mencari bengkel terdekat untuk menampal kebocoran . tersebut.
16) LAMPU KESELAMATAN LED Di gunakan sebagai lampu keselamatan sewaktu kenderaan rosak di waktu malam
17) PLASTIK SAMPAH Begitu berguna plastik sampah di dalam kenderaan anda antaranya adalah untuk memastkan tiada kekotoran , disamping itu ada kemungkinan anda akan membawa barang yang basah dan ber bau kurang enak., maka boleh lah di masuk kan kedalam plastik sampah. plastik ini juga boleh di gunakan sebagai pelapik diri anda sekiranya anda perlu memeriksa kenderaan anda akibat kerosakan 
INFO MENARIK sila layari laman web kami : myegshahalam.com > klik disini<

