Tips Bajet Insurans Kenderaan , Pilihan Coverage cermin atau Bencana Alam ?

Tips Bajet Ketika Perbaharui Insuran

Assalamualaikum .. Kita bertemu kembali..

Seandainya anda mempunyai bajet yang ketat tetapi maseh memerlukan perlindungan tambahan kepada kenderaan kesayangan anda . yang memeningkan kerana  anda terpaksa membuat pilihan antara dua perlindungan tambahan  ( additional coverage)… mana satu anda akan pilih ?? kerana kebiasaan   yang menjadi keutamaan pemilik kenderaan adalah memilih salah satu dari pada dua perkara ini…

1) Coverage perlindungan Cermin ( wind screen Protection)

2) Perlindungan Bencana alam –

(Perils) perlindungan akibat banjir , tanah runtuh , ribut , taufan dan lain lain yang berkaitan dengan bencana alam.

Oleh itu anda terpaksa memilih salah satu antara dua kerana bajet yang agak ketat. apakah Pilihan utama anda?

pada pendapat dan pengalaman kami , pilihan yang lebih utama adalah coverage tambahan Bencana alam adalah lebih penting. kerana bencana alam kebiasaannya adalah satu malapetaka yang lebih besar dan lebih mudharat jika di banding kan dengan berlakunya cermin pecah pada kenderaan anda. Jika cermin kenderaan anda pecah ,dan bajet anda tidak cukup untuk mengantikan  cermin kenderaan anda , kenderaan anda boleh di simpan dahulu , sementara mendapatkan bajet yang secukupnya  untuk membaik pulih atau menggantikan cermin anda tersebut. Kondisi kenderaan anda akan maseh elok dan tidak akan rosak hanyak kerana cermin pecah.

Berlainan pula jika berlaku bencana alam, contoh senario seperti kenderaan anda terperangkap di dalam  banjir kilat yang tidak dapat di elak, maka kerosakan kenderaan anda lebih parah kerana engine dan dalam kenderaan di masuki air dan merosakkan banyak sistem dan bahagian yang penting. oleh itu coverage insuran sangat penting untuk menampung kos baik pulih kenderaan tersebut. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa perlindungan bencana alam adalah lebih mustahak dari coverage perlindungan cermin .

 

INFO MENARIK sila layari laman web kami : Insuran & Road tax serta merta . We Deliver You Stay At Home

 

 myegshahalam.com  > klik disini<

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve + 11 =